Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Isnin, 19 Disember 2011

Galak mohon RM500..Siapa pun anda, asal pendapatan di bawah RM3,000.00 boleh memohon

KEWUJUDAN persatuan seharusnya memberi manfaat kepada ahli dalam menjaga kebajikan. Dalam industri hiburan, banyak persatuan ditubuhkan semata-mata meletakkan matlamat ingin memperjuangkan nasib artis tempatan.
Namun ada kalangan persatuan ini hanya gah berdiri atas nama tanpa pencapaian menerusi aktiviti yang dianjurkan. Ini berbeza dengan apa yang dilakukan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mengotakan janji mereka dalam mengadakan pelbagai aktiviti demi kebaikan ahlinya.

Berdepan pelbagai kontroversi termasuk masalah kewangan, Karyawan tidak putus asa mencari jalan agar aktiviti yang dirancang mencapai matlamatnya.

Perkembangan baru, Karyawan menyokong usaha kerajaan yang berbesar hati mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada warganegara yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan

Usaha kerajaan ini disambut baik Karyawan yang tidak ter-kecuali menyarankan artis tempatan mengambil peluang memohon bantuan in

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, mengakui ramai artis yang tidak tahu atau mungkin tidak sedar mereka juga boleh memohon mendapatkan bantuan RM500.

“Saya percaya 90 peratus artis kita mempunyai pendapatan kurang RM3,000 sebulan. Ini termasuk sama ada pelakon, penyanyi dan pemuzik kumpulan tradisional mahupun mereka yang beraksi di kelab malam.

“Kebanyakan artis kita mempunyai pendapatan tidak menentu hingga tiada penda-patan tetap. Adanya bantuan ini, ia sekurang-kurangnya dapat menampung kehidupan artis yang berpendapatan rendah.

“Bagi Karyawan, saya me-ngucapkan penghargaan kepada kerajaan atas keprihatinan membantu mereka yang berpendapatan rendah termasuk golongan artis” katanya ketika dihubungi.

Merujuk pada bantuan itu, Freddie menjelaskan Karyawan bertindak sebagai orang tengah dalam membantu artis agar mudah memohon mendapatkan wang bantuan ini. Bagi mereka yang berminat, mereka boleh mendapatkan borang bantuan ini di pejabat Karyawan.

“Karyawan akan membantu artis dalam memberi borang dan menghantar permohonan mendapatkan bantuan ini sehingga 30 Disember ini. Agihan wang bantuan dijangka diberikan dalam tempoh sebulan dari 15 Februari 2012,” katanya.

Mengenai aktiviti baru Karyawan, Freddie menyatakan, perancangan lebih tertumpu pada Biro Karyawan Muda untuk mengadakan beberapa aktiviti seperti sukan menerusi boling dan persembahan konsert.

“Ketika ini, Karyawan juga rancak mengemas kini laman sesawang kami untuk memaparkan aktiviti terbaru yang boleh disertai anggota. Untuk 2012, Karyawan merancang pelbagai aktiviti dan kami akan terus aktif demi kebajikan anggota.

“Dalam pada itu, saya difaham�kan beberapa jawatan kuasa akan ditubuhkan untuk membantu industri muzik di peringkat kerajaan dan saya berkemungkinan akan terbabit sama.

“Begitu juga hubungan Karyawan bersama Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) semakin baik. Atas faktor itu, kami akan terus bekerjasama dalam membantu industri muzik dan nasib artis.

“Mengenai Skim Pencen, ia masih belum boleh diteruskan kerana tiada dana. Apa yang perlu difokuskan kini adalah melakukan aktiviti yang boleh menjana pendapatan persatuan agar skim ini dapat disambung semula.

“Dalam merancang bermacam-macam aktiviti dan kerjasama pada tahun depan, saya berharap artis kita tidak melepaskan peluang dan bertindak cepat memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ini,” katanya.

Skim Pencen yang diperkenalkan Karyawan sejak lima tahun lalu terpaksa dihentikan sejak November tahun lalu akibat masalah kewangan persatuan yang
tidak mencukupi. Seramai 26 penerima dibantu di bawah skim ini yang berpeluang menerima sumbangan RM500 sebulan


SUMBER PENUH DARIPADA BERITA METRO 19.12.2011

Tiada ulasan: