Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Khamis, 3 November 2011

CUEPACS bimbang DAP persoalkan kelebihan


Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/11/02
pix_gal0
Jumlah penjawat awam terjejas jika pakatan menang

KUALA LUMPUR: CUEPACS bimbang jumlah kakitangan awam akan dikurangkan jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang berikutan tindakan DAP mempersoalkan pelbagai kelebihan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Timbalan Presidennya, Azih Muda, berkata DAP tidak seharusnya mempertikaikan kenaikan gaji dan pencen diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 bulan lalu kerana ia dibuat berdasarkan kenaikan kos sara hidup di negara ini.
“Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan.

“Kita tidak harus hanya melihat kepada pertambahan pendapatan seseorang, tetapi perlu diukur dari segi kos sara hidup yang perlu seiring dengan tahap kehidupan di Malaysia yang sedang ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang mempersoalkan langkah kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus, selain pelarasan kenaikan tahunan pencen bagi pesara kerajaan sebanyak dua peratus.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, langkah itu meningkatkan perbelanjaan sektor awam sebanyak 73.7 peratus dalam tempoh lima tahun dan tidak menggambarkan kerajaan serta perkhidmatan awam yang lebih efisyen atau menjimatkan kos.
Azih juga berkata, jika pembangkang berpendapat kakitangan awam tidak layak mendapat kenaikan gaji, CUEPACS bimbang generasi muda tidak akan berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan.

“Kita sedia untuk berkhidmat kerana yakin kerajaan sedia ada sentiasa menjaga kebajikan dan melindungi rakyat menerusi pelbagai faedah yang diberikan kepada kami,” katanya.


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 02.11.2011

Tiada ulasan: