Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 11 November 2011

9 projek tawar 12,027 kerja baru

2011/11/11

Program Transformasi Ekonomi (ETP) dapat pelaburan tambahan RM2.5 bilion

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan sembilan projek pelaburan baru bernilai RM2.5 bilion menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan mewujudkan 12,027 peluang pekerjaan dalam sektor penjagaan kesihatan, industri kimia-oleo, infrastruktur komunikasi, pertanian dan pembangunan teknologi.

Perdana Menteri berkata, projek itu adalah tambahan kepada empat projek yang diumumkan sebelum ini, menjadikan keseluruhan 13 projek ETP bernilai RM5.85 bilion yang mampu manfaatkan rakyat dari segi peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup.
Najib berkata, oleh kerana ETP baru setahun dilancarkan, semua pihak diharap tidak cepat berputus asa, sebaliknya bersabar dan berusaha gigih untuk mempercepatkan penjanaan pertumbuhannya dalam jangka masa 10 tahun ini.
“Saya yakin kita mampu menjayakannya bersandarkan komitmen menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi yang kekayaannya dapat dirasai semua lapisan masyarakat dan kekal diwarisi generasi akan datang,” katanya ketika mengumumkan perkembangan terkini ETP, di sini.

Sejak dilancarkan 25 Oktober tahun lalu, pelaburan bernilai RM10 bilion direalisasikan sehingga kini membabitkan 64 peratus daripada pelaburan berjumlah RM15 bilion yang diperuntukkan bagi 2011 dengan 97 projek dalam fasa pelaksanaan.

Menerusi 13 projek ETP berkenaan, ia dijangka mampu membantu melonjakkan pendapatan negara kasar (GNI) kepada RM8.68 bilion dan menyediakan 16,902 peluang pekerjaan tahun ini. Sehingga kini ETP merekodkan RM177.1 bilion komitmen pelaburan, iaitu RM237.23 bilion untuk GNI dengan 389,263 peluang pekerjaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan, yakin ETP akan terus berada pada landasan tepat berdasarkan status semasa yang positif, walaupun berhadapan kelembapan ekonomi dunia.
“Oleh itu, penting bagi kita bersatu padu dan berusaha dengan menetapkan iltizam untuk terus meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Info projek pelaburan baru ETP bernilai RM2.5 bilion dapatkan akhbar Berita Harian hari ini

1 ulasan: