Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Selasa, 25 Oktober 2011

'Minyak sawit mentah naik RM3,000 1 tan'

2011/10/25

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka meningkat melebihi RM3,000 satu tan dalam tempoh tiga bulan akan datang berikutan jumlah pengeluaran berkurangan dan tidak dapat menampung permintaan luar negara yang dijangka bertambah.

Pengerusi IOI Corp Bhd, Tan Sri Lee Shin Cheng, berkata musim hujan serta kekurangan pekerja dijangka menjejaskan pengeluaran tandan buah segar dalam tempoh enam bulan akan datang, walaupun permintaan tinggi dari China, India dan Pakistan.
“Mulai sekarang harga perlu naik.
“Sudah sampai masanya untuk harga meningkat melebihi RM3,000,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2011, pendapatan perladangan IOI melonjak 33 peratus kepada RM1,497.8 bilion, hasil harga MSM dan isi rong yang lebih tinggi.
Sepanjang tempoh itu, purata harga jualan MSM dan isi rong sawit masing-masing sebanyak RM2,945 satu tan dan RM2,241 satu tan. – BERNAMA

SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 25.10.2011

Tiada ulasan: