Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Khamis, 20 Oktober 2011

Hukum orang bercerai tak sesuai

Oleh Osman Lisut

2011/10/20

KUALA LUMPUR: Satu perbincangan membabitkan peguam syarie, mahkamah syariah, pakar undang-undang dan bekas balu perlu diadakan bagi mencari jalan menangani masalah perceraian tidak munasabah yang kebelakangan ini meningkat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, perbincangan menyeluruh dan lebih teliti itu bagi mengenal pasti punca perceraian berkenaan, bukannya memikirkan tindakan penguatkuasaan yang tegas semata-mata, yang akhirnya merugikan semua pihak.
“Perceraian bukanlah disebabkan faktor agama semata-mata, sebaliknya ada kaitan masalah keluarga, tuntutan ekonomi dan pendidikan. Sebagai contoh, disebabkan suami dibuang kerja, menyebabkan timbul tekanan ekonomi hingga sukar memberi nafkah kepada keluarga dan berlaku perceraian.
“Begitu juga suami kena penjara, maka terputus ekonomi dan timbul masalah perceraian serta anak terbiar. Masalah ini harus dipandang serius dan elok kita duduk bersama berbincang untuk mencari jalan sama ada memperketatkan tindakan atau hukuman sedia ada,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi Wilayah Persekutuan dan Agihan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP, Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Kelmarin, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu, Kerajaan Pas Kelantan akan menimbang supaya hukuman lebih berat seperti penjara atau sebat terhadap pasangan negeri itu yang bercerai tanpa sebab munasabah.

Beliau berkata, walaupun ada peruntukkan berhubung hukuman penjara ke atas pesalah terbabit, namun ia boleh dipertimbangkan serta diangkat pada masa perbincangan itu nanti


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 20.10.2011

Tiada ulasan: