Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 21 Oktober 2011

100 TOUCH POINTS BELANJAWAN 2012

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

100 TOUCH POINTS BELANJAWAN 2012

“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”
 
KEMENTERIAN KEWANGAN 
7 Oktober 2011 

www.treasury.gov.my

MELIGAT PELABURAN

1.Meliberalisasi 17 subsektor perkhidmatan
2.Pelaksanaan Rolling Plan Kedua berjumlah RM98.4 bilion
3.Pengurusan nilai bagi projek baru bernilai RM50 juta ke atas
4.Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion
5.Pembangunan Lima Wilayah Koridor (RM978 juta)
6.Pakej Rangsangan Khas – RM6 Bilion 


MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)

7.Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 bilion - Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan
8.Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM500 juta - Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan
9.Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan
10.Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi membiayai PKS yang terlibat dengan bencana alam 

MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI 

Tahun 2012 – Tahun Gerakan Inovasi
11.Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA
12.Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru
13.Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia
14.Program realiti dan dokumentari di media
15.Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta)
16.Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi baru - jangkaan GNI, RM30 Bil.
17.Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum


PENDIDIKAN

18.Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah - RM1 bilion
19.Pemansuhan bayaran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah
20.Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara.
21.Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 di seluruh negara.
22.Potongan cukai – kepada penderma program persekolahan (individu & syarikat) 


PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR

23.Melaksanakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) - RM1 Bil
24.Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan – perluasan di Kedah, Johor, Sabah & S’wak
25.Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional berjumlah RM100 juta ringgit secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%.
26.Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara (RM110 juta)
27.Pembangunan infrastruktur asas luar bandar, RM5 Bilion (bekalan air, elektrik, rumah dan jalanraya)
28.Projek Penyelenggaraan Awam-Asas (PIA-PIAS), RM500 juta
29.Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur sistem bekalan air – FELDA; serta kemudahan bekalan air bersih – Ladang Estet (RM50 juta bagi penyambungan paip & pemberian tarif domestik)
30.Akses perkhidmatan perbankan – melantik 5,000 agen BSN
31.Perkhidmatan Bas Luar Bandar – kemudahan pembiayaan
32.Kebajikan Orang Asli – program pembangunan & pemindahan penduduk


SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM

33.Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy
34.Menambah baik struktur gaji penjawat awam
kenaikan antara 7 hingga 13 peratus
kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
35.Menambahbaik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base
Guru gred 48 – SSM (tahun ke-20 tahun); SBPA (tahun ke-16)
36.Melanjutkan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun
37.Tambahan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500
38.Bantuan yuran pengajian – ijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat) & PHD (500 tempat)
39.Program Army Care – menaiktaraf & menyelenggara kuarters tentera 


PESARA KERAJAAN & BEKAS PEGAWAI KONTRAK

40.Pesara Kerajaan
menikmati pelarasan pencen
Melaksanakan kenaikan tahunan sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji
41.Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
42.Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
43.Program latihan khusus untuk pesara tentera bagi menceburi bidang perniagaan

MEREDAKAN INFLASI & MENGIMARAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT

44.Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
45.Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion
46.Penerusan subsidi bil elektrik RM20
47.Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah.
48.Membuka 30 unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara
49.Mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia
50.Memperbanyakkan program ladang kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat.
51.Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) 


PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

52.Skim Rumah Pertamaku - meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.
53.Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) - diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang, 1,880 unit
54.Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah
55.Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, 15,000 unit
56.Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM20 ribu bagi setiap rumah.
57.Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan


MENGHARGAI JASA WARGA EMAS

58.Percuma - caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan.
59.Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.


PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI

60.Membina hospital-hospital, 81 Klinik Kesihatan & 50 Klinik 1Malaysia
61.Menambahbaik blok bersalin Hospital Putrajaya dan menaiktaraf Hospital Kuala Lumpur (HKL)
62.Memperkenalkan Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah
Menaikkan elaun on-call semalaman, RM30 hingga RM80 

SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA

63.Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang memanfaatkan 100 ribu isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Pelaburan ini menjanjikan pulangan bersih yang menarik. 


MEMACU PEMBANGUNAN MASYARAKAT BUMIPUTERA

64.Dana Mudahcara Bumiputera, RM300 juta
65.Membimbing 1,100 syarikat Bumiputera berpotensi
66.Program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 

MERINGANKAN BEBAN PEMILIK TEKSI BAJET DAN KERETA SEWA PERSENDIRIAN

67.Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan
68.Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
69.Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian
70.Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan
71.Pemberian bantuan untuk menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7-10 tahun / RM1,000 lebih 10 tahun)
72.Keseluruhan manfaat pemilik teksi bajet = RM7,560

YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN

73.Menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi  

ANJUNG SINGGAH
74.Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan.


MENGHARGAI PERANAN DAN MEMARTABAT WANITA
75.Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan
76.Menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus – RM50 juta)
77.Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion kepada usahawan dalam bentuk pembiayaan pinjaman mikro kaum
78.Membina Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur 

BELIA PENGGERAK MASA DEPAN

79.Penubuhan syarikat modal teroka milik Kerajaan MyCreative Venture Capital yang bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda menerokai bidang industri kreatif.
80.Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia).
81.150 gelanggang futsal tambahan di seluruh negara untuk mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim.
82.30 padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi lampu limpah 


PENDAFTARAN AWAL HAJI

83.Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan Akaun 2 pencarum.


INSENTIF PERCUKAIAN Industri Perbankan & Kewangan & Pelaburan

84.Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun,
85.Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman
86.Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
87.Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) seperti pengecualian cukai pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun
88.Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
89.Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012.
90.Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan selama tiga tahun lagi.
91.Pelanjutan selama 5 tahun lagi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).
92.Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi.
93.Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hibrid. Industri Perhotelan
94.Memberi Galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun kepada pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang di Semenanjung Malaysia.

INSENTIF PERCUKAIAN

95.Mengkaji semula kadar RPGT bagi membendung RPGT spekulasi dalam pasaran hartanah.
96.Perkhidmatan reka bentuk industri diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun.
97.Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun.
98.Potongan cukai ke atas sumbangan kewangan kepada institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama serta tempat-tempat ibadat yang berdaftar.
99.Galakan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi potongan dua kali ke atas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program internship.
100.Insentif percukaian untuk Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans.


www.treasury.gov.my

Tiada ulasan: