Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Sabtu, 10 September 2011

Program tingkat minat pelajar lelaki

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kementerian Pengajian Tinggi sedang bekerjasama dengan beberapa universiti untuk membangunkan program bagi meningkatkan kesedaran dan minat pelajar lelaki ke institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha mengimbangi nisbah kemasukan dengan pelajar perempuan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana nisbah kemasukan pelajar lelaki dan perempuan ke IPT sekarang ialah 70:30.
"Fenomena ini bukan hanya berlaku di Malaysia dan ia perlu diambil perhatian oleh semua pihak iaitu ibu bapa, masyarakat dan guru.
"Beberapa universiti dipilih untuk melaksanakan program bagi membangkitkan minat dan kesedaran pelajar lelaki terhadap penguasaan ilmu. Pelajar lelaki juga dilihat lebih berminat dari segi teknikal dan vokasional, maka kita akan menyediakan tempat yang lebih banyak untuk mereka," katanya ketika diminta mengulas kemasukan pelajar perempuan yang lebih ramai ke universiti berbanding lelaki.
Tambah Mohamed Khaled, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih bagi melaksanakan program meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan ilmu sains dan matematik.
"Kita harap ia akan dilancarkan tahun ini. Penuntut universiti dan tenaga pengajar akan turun ke sekolah-sekolah untuk meningkatkan kesedaran pelajar. Kita hendak penuntut universiti melakukan khidmat masyarakat yang dapat membangunkan pemikiran yang lebih kritis.
"Kegagalan pelajar menaruh minat kepada ilmu sains dan matematik akan menjejaskan usaha kita membawa ekonomi berasaskan inovasi yang memerlukan individu yang cekap dalam soal itu," jelasnya.
Katanya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula membangunkan program bagi pelajar untuk berhadapan dengan cabaran penagihan dadah


SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 10.09.2011

Tiada ulasan: