Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Isnin, 5 September 2011

Mudahnya Merapi Muka

LELAKI SERING DINILAI DARI SEGI RUPA PARAS. APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN RUPA   PARAS ADALAH KEKEMASAN DIRI DAN WAJAH. PENJAGAAN MUKA TIDAK   TERTUMPU SEKADAR MENCUCI MUKA SAHAJA, SEBALIKNYA BERCUKUR JUGA   MERUPAKAN SALAH SATU CARA UNTUK MERAPI MUKA. SUDAH MENJADI LUMRAH SANG   LELAKI PERLU SENTIASA BERCUKUR UNTUK TAMPAK KEMAS SAMA ADA MEREKA MENYUKAINYA ATAUPUN TIDAK.
Kadangkala, sesetengah lelaki sampai ke tahap sudah ‘bosan’ mahu bercukur kerana ia cukup  membebankan. Walaupun sudah mengikuti teknik-teknik bercukur yang betul tetapi sesi bercukur tidak selancar seperti mana yang diharapkan. Akibat daripada luka yang teruk, ada lelaki sanggup membiarkan  jambang mereka tumbuh berharihari kerana merasa serik atau yang bimbang kulit akan terluka. Mungkin   hampir setiap insan yang bergelar lelaki pernah dan tahu cara-cara untuk bercukur. Tetapi tahukah mereka akan teknik bercukur yang ideal? Sehubungan itu, amat penting bagi lelaki mengetahui sedikit sebanyak akan selok-belok bercukur bagi   membolehkan amalan ini menjadi satu aktiviti yang tidak lagi ‘menyeramkan’ di kamar mandi.
Apa yang kamu perlu tahu tentang bercukur?
1- Sekurang-kurangnya biarkan kulit wajah berehat selama 10 minit selepas bangun  tidur.
2- Cuci muka dengan pencuci muka pilihan. Proses membersihkan wajah bertindak membuka liang roma dan melembutkan kulit di sekitar misai dan  janggut selain membantu menghilangkan sel kulit mati.
3 - Sejurus sesudah membersihkan wajah adalah lebih elok jika melekapkan tuala panas di bahagian yang hendak dicukur.
4 - Kemudian sapukan krim pencukur pada sejenis berus khas sebelum meratakan  di bahagian yang hendak   dicukur. Penghasilan buih yang banyak merupakan kelebihan dalam melakukan rutin ini.
5. Salah satu aturan kepada proses bercukur  yang lebih nyaman dan selesa adalah memastikan mata pisau   yang tajam untuk kesan cukuran  yang paling berkesan.
6. Kedudukan bercukur hendaklah mengikut satu aliran sahaja. Jangan  sesekali menekan atau menggores kulit secara kasar.
7. Cukuran seharusnya dilakukan secara  perlahan-lahan sebelum diakhiri dengan bilasan air sejuk


SUMBER DARI MAJALAH REMAJA 05.09.2011

Tiada ulasan: