Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 9 September 2011

Liow: Malaysia Berjaga-jaga Walaupun Tiada Kejadian Wabak Influenza A (H5N1)

PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia mengambil sikap berjaga-jaga terhadap Influenza A (H5N1) walaupun tiada kejadian penyakit berkenaan di negara ini sejak 2003, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bagaimanapun, katanya, pasukan pengawasan kementerian itu sudah diaktifkan untuk memantau keadaan sebenar di luar dari semasa ke semasa.

"Malaysia adalah bebas daripada Influenza A H5N1 sejak 2003 kerana masih belum ada contoh positif penyakit berkenaan diperolehi.

"Namun kita bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Sekiranya ada ayam sakit, kita akan pastikan ia tidak menular dan menjangkiti manusia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Merdeka Raya kementerian itu, di sini.

Liow menggesa orang ramai mengambil langkah pencegahan termasuk segera mendapatkan rawatan perubatan di klinik jika menghidap tanda-tanda demam seperti selesema.

Mengenai jerubu, menteri itu menggesa orang ramai mengelakkan daripada melakukan aktiviti luar di kawasan di mana Indeks Pencemaran Udara (API) berada pada paras tidak sihat.

"Pesakit menghidap sakit mata, lelah dan bronkitis yang kronik perlulah mendapatkan rawatan perubatan segera," katanya.




SUMBER DARI BERNAMA ( BERITA SABAH )
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=612295

Tiada ulasan: