Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 9 September 2011

10,000 kerja baru

2011/09/09

PM umum 8 projek pelaburan ETP bernilai RM1.4 bilion

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan lapan projek pelaburan baru bernilai RM1.4 bilion di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) bernilai RM8.4 bilion dan mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan baru.

Pelaburan baru itu adalah untuk pelbagai sektor seperti pertanian, pendidikan, aeroangkasa, penjagaan kesihatan, pemborongan borong, peruncitan dan pembuatan.
Sejak dilancarkan Oktober tahun lalu, ETP menerima pelaburan keseluruhan RM171.21 bilion yang mampu menjana PNK bernilai RM228.55 bilion serta mewujudkan 372,361 peluang pekerjaan baru.
“Sudah 11 bulan berlalu sejak saya melancarkan ETP pada 25 Oktober tahun lalu. Bagi separuh pertama tahun ini, Malaysia mencatatkan pelaburan asing RM21.3 bilion, melonjak 76 peratus berbanding RM12.1 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. Ini menunjukkan pelabur asing melihat kelebihan yang ditawarkan Malaysia,” kata Perdana Menteri ketika mengumumkan laporan kemajuan ketujuh ETP di sini.

Antara projek terkini termasuk rancangan Kuala Lumpur Kepong Bhd melabur RM706 juta untuk membangunkan sektor hiliran dalam industri minyak sawit. Bagi inisiatif membangunkan dan meletakkan Malaysia sebagai hab perkhidmatan kejuruteraan nilai tinggi pula, Stand Aerospace Malaysia Sdn Bhd akan melabur RM177 juta.

Pelaburan lain adalah:
  • Kesihatan: Vasseti Datatech Bhd melabur RM400 juta bagi memasang 1,410 set televisyen 42 inci di sebanyak 168 lokasi seluruh negara, termasuk hospital, Klinik 1Malaysia dan Kementerian Kesihatan.
  • Pertanian: Hannan Corporation Sdn Bhd melabur RM72.6 juta bagi membangunkan dua kompleks akuakultur yang mampu menghasilkan 14,000 tan udang putih setahun. Nova Laboratories Sdn Bhd melabur RM16.29 juta untuk penyelidikan dan pembangunan serta ujian praklinikal dan klinikal membangunkan tiga produk herba nilai tinggi dan mengkomersialkan produk itu.
  • Peruncitan dan pemborongan: Doorstep Retail Sdn Bhd melabur RM35 juta bagi menyediakan platform memudahkan PKS dari segi kemudahan dan sokongan teknikal. Bagi melengkapkan perkhidmatan itu, Koperasi Jiwa Malaysia Bhd menerajui inisiatif menyediakan platform beli-belah maya untuk PKS dengan pelaburan RM15 juta.


Satu lagi pelaburan membabitkan DSEM Holdings Sdn Bhd yang berkembang daripada pembuatan kontrak kepada syarikat menghasil, mengedar dan pasaran jenamanya sendiri bagi produk diod pemancar cahaya (LED).

Perdana Menteri turut mengumumkan tiga program di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI), iaitu komponen kedua di bawah ETP untuk merangsang daya saing negara pada peringkat global.

Ia adalah MSC Malaysia MyProCert, iaitu program meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan ke arah mencapai standard persijilan antarabangsa, penubuhan Program Peningkatan Bakat Negara (NTEP) dalam sektor elektrik dan elektronik serta Program Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)

SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 009.09.2011

Tiada ulasan: