2011/08/26
RAUB: Sebuah lagi kampus cawangan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) akan dibina di Raub, Pahang.Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin, berkata kerajaan meluluskan pembinaan kampus cawangan Uitm itu baru-baru ini, menjadikan ianya kampus yang kedua yang dibina di Pahang selepas UiTM cawangan Bandar Jengka.
"Apabila siap, seramai 3,500 pelajar akan diambil belajar di kampus cawangan itu sebagai permulaan," katanya.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Raub berkata, pembinaan kampus tersebut akan memberi peluang pembelajaran yang lebih luas kepada pelajar negeri ini khasnya di kawasan Pahang Barat.
"Ia secara tidak langsung akan menjana ekonomi penduduk setempat apabila beroperasi nanti," katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan