Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Khamis, 14 Julai 2011

Penjimatan berganda

Oleh Helmy Abd Rahmanhelmy@hmetro.com.my



LANCAR...Lim (tiga dari kiri) bersama wakil MAS dan American Express memegang dua replika kad baru yang dilancarkan semalam.
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) mengadakan pakatan strategik dengan Penerbangan Malaysia (MAS) dan American Express untuk memperkenalkan kad perniagaan penerbangan pertama di negara ini, MAS American Express.
Kad berkenaan menawarkan pelbagai ganjaran setiap kali melakukan penerbangan dan memberikan penjimatan berganda.

Pengenalan kad dalam jenis platinum dan emas itu turut membuka ruang kepada hampir 550,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperkemaskan pengurusan kewangan mereka serta meningkatkan proses kawalan dengan membuat pendaftaran had kredit bebas bagi setiap kad dikeluarkan atas nama syarikat.
Naib Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat berkata, setiap perbelanjaan perniagaan boleh diteliti semula menerusi penyata bulanan terkumpul dan ringkasan caj akhir tahun untuk perbandingan lebih mudah serta tujuan penilaian cukai.

“Pengguna layak menikmati mata ganjaran ‘Enrich Miles’ lebih pantas dengan bonus sehingga 100 peratus bagi pembelian tempatan, penjimatan lima peratus bagi penerbangan antarabangsa MAS, keahlian automatik bagi Enrich Gold atau Silver, diskaun sehingga 20 peratus menerusi Program Penjimatan Perniagaan American Express dan melakukan transaksi tanpa faedah sehingga 50 hari. “Sempena pelancaran ini, setiap ahli boleh menerima sehingga 10,000 mata Enrich Miles untuk transaksi pertama,” katanya pada sidang media sebelum majlis pelancaran Kad Perniagaan MAS American Express di Kuala Lumpur, semalam.

Sehubungan itu, Maybank menyasarkan untuk menarik 30,000 ahli kad terbabit dalam masa tiga tahun dan yakin dapat mengukuhkan lagi penguasaan pasaran bagi segmen kad berbanding 17 peratus ketika ini

Tiada ulasan: