Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Khamis, 14 Julai 2011

Judul: Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2


Judul: Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2

Pelakon: aniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes, Alan Rickman, Michael Gambon, Helena Bonham Carter 
Pengarah: David Yates
Penulis (lakon layar): Steve Kloves
Penulis (novel): J.K Rowling
Genre: Aksi, Pengembaraan, Drama, Fantasi, Misteri
Durasi: 2 jam 10 minit
Tarikh tayangan: Mulai 14 Julai 2011

The Deathly Hallows: Part 2 sajikan hiburan terhebat buat peminat

ANDAINYA dibandingkan dengan tujuh episod sebelum ini, filem terakhir dalam siri pengembaraan fantasi Harry Potter yang diberi judul Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 2 boleh dianggap edisi terbaik dalam francais itu yang pernah menemui penonton.

Bukan saja dilihat lebih kemas dari segi penceritaan, skrip mahupun perkembangan watak yang lebih dirasa, bahkan kesan khasnya terutama dari segi persembahan visual nyata cukup mempesona.

Potter sendiri misalannya, walaupun jika diukur dari segi usia, wataknya digambarkan sebagai seorang remaja, namun kecekalan anak muda itu dalam menghadapi musuh tradisi serta kematangannya berdepan situasi yang cukup mencengkam membuatkan penonton turut berasakan sama evolusi dirinya.

Begitupun, amat sukar dinafikan, di samping kekuatan ceritanya sendiri, elemen paling menarik mengenai filem ini tentu sekali visualnya yang hebat dipaparkan. Babak pertarungan yang dipersembahkan buat peminat siri filem ini sungguh mengagumkan. Saksikan saja babak si pahlawan melarikan diri dari ruang bawah tanah Bank Gringgots bersama seekor naga. Ia sudah semestinya teknik imej janaan komputer (CGI) paling ‘cantik’ yang pernah ditonjolkan.

Begitu juga penonton akan terpukau menyaksikan babak membabitkan Profesor Snape lakonan Alan Rickman ketika dia berdialog dengan Potter. Adegan itu sesuatu yang pasti lama akan dikenang peminat.

Menerusi memori Snape, dia bertemu dengan ibunya, Lil dan juga bapanya. Dalam perbualan itulah, segala rahsia yang selama ini mempunyai kaitannya 

Tiada ulasan: