Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 1 Julai 2011

JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA..

SELAMAT PAGI DAN SALAM 1MALAYSIA

Hari ini saya nak kongsikan bagaimana, dimana dan bila untuk mengetahui dan mengisi kekosongan jawatan kerajaan dan swasta di Malaysia..

Dimulakan cerita...Saya habis belajar pada tahun 1999. Kelulusan hanya SPM saja. Setelah memegang sijil SPM, apa yang saya fikirkan adalah " Dimana saya hendak mencari pekerjaan berbekalkan sijil SPM yang ada? "....Persoalan inilah selalu difikirkan bila tiba masa yang tak ada nak buat lebih-lebih lagi pada waktu nak tidor malam dan masa tu tak dapat tidor. Apa lagi, fikiran pun melayang-layang entah kemana arah. Namun, apa yang pasti, persoalan tentang KERJA ini pasti menjadi tetamu setia pada saya..KENAPA?....ah..ah...saya dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Anak ke-2 dalam 10 adik beradik.....Kekurangan inilah yang selalu menjadi cabaran bagi kami tidak kira dalam kehidupan seharian mahupun persekolahan. Perit kehidupan hanya Tuhan saja yang tahu...
TETAPI.......satu sikap yang saya belajar hingga ke hari ini adalah " kalau orang lain mampu berjaya, kenapa tidak pada saya? "..." Kalau orang yang kekurangan juga mampu berjaya, kenapa tidak pada saya? " Mulai hari ini...jika anda tidak ada keyakinan, anda perlu ada keyakinan hari ini juga..INGAT...'kekurangan' itulah pendorong untuk berjaya..'berubah dan berusaha' itu tangga kejayaan dan 'doa' segalanya yang membuatkan anda bertahan, tak mudah putus asa, berkeyakinan dan banyak lagi yang positif demi sebuah kejayaan.
Jing..jing..jing.....panjang cerita ne lau diceritakan semuanya..so, lain hari saya akan betau juga ya....
Diringkaskan cerita...Jika anda nak mengetahui kekosongan jawatan kerajaan dan swasta di Malaysia tetapi anda tak tahu dimana tempatnya, apa URL / laman web nya, bila nak isi?..
Anda lihat pada LINK KERJA dibawah ini..
Bagaimana nak isi?
- klik/pergi ke halaman dibawah
Dimana nak isi?
- Baca dan isi borang permohonan dalam laman web
Bila nak isi?
- Hari ini juga dan lihat 3 kali seminggu untuk mengetahui kekosongan terkini
Ketiga-tiga link ini digunakan untuk mengetahui kekosongan jawatan kerajaan dan swasta masa ini..


Jika anda nak memohon jawatan sebagai penjawat awam...sila isi borang dalam SPA8 dan jika berminat sebagai Pendidik, sila isi borang dalam SPP..
Semua link ini ada pada blog saya juga..hanya anda yang tentukan masanya bila nak lihat dan isi borang...

Pesanan dan info untuk mengisi kekosongan jawatan atau memohon awal pekerjaan:
01. Jangan gunakan Diploma/Ijazah/Master/PHD anda jika itu bukan kos/bidang anda..Bukan tak bole tetapi, peluang anda tak cerah. Oleh itu, isi jawatan yang bersesuaian dengan sijil anda.

 
Tetapi ramai tak mahukan jika dia mempunyai sijil yang lebih tinggi dari SPM...nak gaji tinggi terus selaras dengan sijil yang ada. Emm.....Jika anda nak kerja awal..ingatlah bahawa kita perlu bermula dari bawah untuk melangkah keatas..Please...jangan pilih kerja.kerna inilah penyakit yang membuatkan ramai diluar sana yang tak bekerja. Apa pun begitu, tidak semua mempunyai nasib yang baik dapat kerja awal...sama seperti saya. Selepas 8 tahun memohon kerja kerajaan, barulah berpeluang..yang penting kita berusaha selalu.
Saya doakan anda juga berjaya menjadi yang terbaik dalam diri anda.

Tiada ulasan: