Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Isnin, 20 Jun 2011

Wajib beri nafkah kepada ibu bapa

SELAMAT PAGI DAN SALAM 1MALAYSIA.

Berita harian pada 2011/05/12

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin akan mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang mewajibkan anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Fazari Mohd Salleh, bagaimanapun berkata sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira dari segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang.

Beliau berkata, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini.

“JKM mahu kesedaran untuk menjaga ibu bapa datang dari anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa adalah sesuatu yang bersesuaian dengan norma masyarakat negara kita.

“Lagipun, masih ramai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka,” katanya ketika ditemuramah dalam program Kerusi Panas, terbitan BERNAMA Radio24, semalam. – BERNAMA

Tiada ulasan: