Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Rabu, 8 Jun 2011

Penduduk perlu ditambah...


Singapura gesa generasi muda bujang kahwin


2011/06/08



SINGAPURA: Kerajaan Singapura meminta generasi muda yang belum berkahwin supaya berbuat demikian bagi meningkatkan kadar kelahiran di republik itu. 

Ia disuarakan Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) yang mendedahkan antara fokus utamanya mengatasi masalah kesuburan menyeluruh (TFR) yang mencapai paras terendah 1.16 peratus tahun lalu.

Cabaran utama bagi mereka ialah menggalakkan lebih ramai orang bujang berumah tangga, kata Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Mejar-Jeneral (Kerahan) Chan Chun Sing, kelmarin.


“Punca bagi kadar kelahiran rendah disebabkan ramai yang masih belum berumah tangga. Bagi mereka yang sudah berumah tangga pula, perangkaan menunjukkan prestasi yang baik (dari segi kadar mempunyai zuriat),” kata Chan. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Pendaftar Perkahwinan (ROM) dan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) yang sudah hampir selesai menjalani kerja menaik taraf. 

Chan menambah, satu lagi cabaran adalah menyediakan lebih banyak peluang bagi golongan bujang bertemu jodoh dalam suasana kehidupan yang sibuk di republik ini. 

Kata Chan, kerajaan akan berusaha sedaya upaya demi menggalakkan pasangan supaya berumah tangga pada peringkat awal tetapi pada akhirnya keputusan itu terletak pada individu sendiri 
“Pada akhirnya, kita perlu membuat satu komitmen untuk berkenalan dengan orang lain, untuk menyayanginya dan menyatakan kesanggupan untuk hidup bersama, itu lebih penting daripada apa pun prasarana atau insentif ketara yang boleh ditawarkan pemerintah,” katanya. 

Chan berkata, kementeriannya sedang memantau dengan teliti kadar perceraian yang meningkat, yang menurutnya bukan hanya menjejaskan republik ini turut dihadapi negara lain. 

Secara purata, ROMM menerima 50 pendaftaran nikah orang Melayu/Islam setiap hari dengan 89 peratus pernikahan dijalankan di luar ROMM, berbanding 75 peratus bagi perkahwinan awam. – Agensi 

MCYS cari jalan atasi masalah kelahiran rendah di republik itu

Tiada ulasan: