Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Isnin, 20 Jun 2011

GAJI MINIMUM AKHIR TAHUN 2011

DARIPADA BERITA HARIAN.

SUBANG JAYA: Dasar kadar gaji minimum bagi pekerja berpendapatan rendah di negara ini dijangka dilaksanakan akhir tahun ini selepas penubuhan Majlis
Konsultasi Gaji Negara, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri, berkata Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 akan dibentangkan Kementerian Sumber Manusia di Parlimen pada
persidangan kali ini.
“Apabila diluluskan, majlis berkenaan akan ditubuhkan dan selanjutnya gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini," katanya berucap pada
majlis makan malam sempena Hari Pekerja 2011 anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini, malam tadi.

Pada majlis yang pertama kali dihadirinya, Najib turut melancarkan portal aduan pekerja yang dibangunkan dengan kerjasama Pemuda UMNO, selain
menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas Setiausaha Agung MTUC, G Rajasegaran.

Najib berkata, menerusi majlis konsultasi itu, pelbagai isu berkaitan pekerja dapat dibentangkan dan dibincangkan untuk pertimbangan menteri seperti
persaraan, usia persaraan, elaun saraan hidup dan pekerja asing.

"Semua perkara ini wajar diperhalusi supaya keputusan yang dicapai mendatangkan kebaikan kepada semua pihak," katanya.
Terdahulu, beliau berkata kehadirannya pada majlis itu sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada MTUC sebagai badan yang memayungi kesatuan sekerja
di negara ini.

"Saya percaya MTUC sebagai badan yang boleh memainkan peranan positif untuk menjaga kebajikan 12 juta pekerja di negara ini. Tahniah diucapkan kerana
berjaya mentransformasikan negara ini daripada negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi
dalam jangka masa satu generasi saja.

"Sekarang, cabaran kita sebagai pekerja, majikan, kerajaan dan rakyat sama ada penjawat awam atau pekerja swasta adalah untuk menyumbang ke arah
menjayakan transformasi negara kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan dalam ucapannya, turut meminta kerajaan mengkaji untuk memanjangkan pelaksanaan cuti bersalin selama 90
hari kepada sektor swasta.

"Kebanjiran pekerja asing juga perlu dikaji puncanya kerana ia memberi kesan kepada pekerja tempatan yang bagaikan dipinggirkan, hingga 400,000 rakyat
tempatan berhijrah untuk bekerja di luar negara," katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan; Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Tiada ulasan: