Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 24 Jun 2011

Diskaun lima peratus bayar cukai tanah online

Oleh Siti Haliza Yusop
shyusop@bharian.com.my
2011/06/24




RAJA NONG CHIK bersama pemenang selepas Majlis Penyampaian Hadiah Jom Bayar dan Menang sempena Hari Bertemu Pelanggan PPTGWP di Kuala Lumpur.
Jumlah pelanggan guna dalam talian naik 13.91 peratus
KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah meluluskan diskaun atau pengurangan lima peratus kadar cukai tanah kepada pemilik tanah di Wilayah Persekutuan yang membuat pembayaran secara dalam talian.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, setakat Mei lalu, jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan secara dalam talian bagi membayar cukai tanah mencecah 13.91 peratus dengan transaksi sebanyak RM6.8 juta.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 52.94 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu.
“Dalam usaha memastikan berlakunya peningkatan berterusan membabitkan angka ini, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) turut mewujudkan kaunter pembayaran secara dalam talian bagi memudahkan pelanggan menjelaskan pembayaran cukai tanah serta mendapatkan maklumat berkaitan.

“Pembayaran cukai secara dalam talian ini boleh dilakukan sama ada di laman rasmi PPTGWP, Maybank2u.com, CIMB Clicks, Pos Online, HSBC Online, Affin Online dan RHB Online.

“Saya percaya peningkatan yang berlaku dalam jumlah kutipan cukai tanah pada masa ini antara lain disebabkan kemudahan diwujudkan di bawah PPTGWP,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Jom Bayar dan Menang sempena Hari Bertemu Pelanggan PPTGWP yang diadakan di Rumah Persekutuan, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persektuan, Hasim Ismail.
Dalam majlis itu, seramai 32 pembayar cukai tanah dari Januari hingga Mei tahun ini menerima pelbagai ganjaran termasuk memenangi sebuah kereta Proton Saga 1.3 BLM FL, komputer riba, televisyen LCD 32 inci, telefon berjenama serta sijil simpanan premium bernilai RM500 setiap satu.

Selain insentif Jom Bayar dan menang, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Raja Nong turut bersetuju memberi insentif Diskaun Premium Pemberimilikan Tanah (Notis 5A) yang akan menyaksikan pengurangan premium diberi kepada pemohon yang menjelaskannya dalam tempoh ditetapkan.

Sementara itu, See Kok Leong,65, yang memenangi hadiah kereta bagi utama cabutan Jom Bayar dan Menang berkata, amalan membayar awal cukai tanah miliknya memberi rezeki hingga mampu memenangi hadiah lumayan itu.

Tiada ulasan: