Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Rabu, 22 Jun 2011

DARIPADA BERITA HARIAN

1MY tak babit wang awam: PM
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Shamsul Kamal Amarudin dan Mohd Zin Ali
bhnews@bharian.com.my
2011/04/21

Najib bidas pengkritik sengaja cetuskan isu projek E-mel 1Malaysia
IPOH: Datuk Seri Najib Razak semalam membidas pengkritik Projek E-mel 1Malaysia (1MY) dengan menegaskan rakyat negara ini bebas menentukan sendiri sama ada mahu menyertai projek itu atau sebaliknya.

Perdana Menteri berkata, projek itu diproses oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang menilainya sebagai satu projek yang perlu dimasukkan dalam senarai projek baru Program Transformasi Ekonomi (ETP) seperti diumumkannya kelmarin.

"Ia inisiatif sektor swasta sepenuhnya, tak membabitkan wang awam, jadi saya tidak nampak mengapa ia menjadi isu besar, ia sukarela, jika anda tidak mahu sertainya, tak perlu sertai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di sini, semalam.

Beliau mengulas kritikan berterusan pemimpin pembangkang walaupun Perdana Menteri dalam Twitternya semalam menjelaskan 1MY yang tersenarai antara tujuh projek baru ETP adalah inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.
"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa E-mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela," kata Najib dalam Twitternya itu.

Kritikan terbaru berhubung projek itu menyentuh kedudukan kewangan Tricubes Bhd iaitu syarikat yang membangunkan perkhidmatan 1MY itu.
1MY membabitkan pemberian akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mulai Julai ini bagi membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan iaitu sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung, selamat dan telus antara rakyat dengan kerajaan serta semua agensi awam.

Sementara itu, Najib berkata beliau belum membuat keputusan mengenai pengganti bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah yang tidak disambung jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara selepas tamat pada 17 April lalu.
"(Pengganti Murugiah) dalam pertimbangan, nantilah, belum ada keputusan," katanya.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam sebelum ini dilaporkan berkata MIC tidak mahu terburu-buru menamakan pengganti Murugiah, sebaliknya menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan.

Tiada ulasan: