Salam Perkenalan kepada saudara dan saudari hari ini. Terima kasih kerana membuka blog saya hari ini. Apa yang baik datang daripada Allah dan tidak baik itu datang dari kelemahan diri sendiri. Semoga ada maklumat dalam blog ini yang bole diguna pakai dalam kehidupan kita seharian.

Rabu, 22 Jun 2011

Bela pembeli kereta terpakai

DARIPADA BERITA HARIAN

Oleh Magendran Rajagopal

2011/05/24
Pindaan Akta Sewa Beli tetapkan kenderaan wajib jalani 18 pemeriksaan

PUTRAJAYA: Nasib pembeli kenderaan terpakai akan lebih terbela apabila pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) yang dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Jun ini menetapkan setiap kenderaan terpakai wajib menjalani pemeriksaan 18 perkara di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Jika lulus 18 perkara itu, sijil pengesahan keselamatan PUSPAKOM akan dikeluarkan bagi mengesahkan keadaan kenderaan berkenaan sebelum ia boleh dijual.
Sijil pengesahan terbabit wajib diperoleh sebelum kenderaan terpakai dijual.
Difahamkan, 18 perkara dalam pakej pemeriksaan yang terkandung dalam Borang B7 itu merangkumi semua aspek penting sesuatu kenderaan yang dikenakan bayaran RM90 yang ditanggung penjual.

Malah, penjual individu kereta terpakai gagal mendapatkan sijil pengesahan keselamatan PUSPAKOM sebelum menjual kenderaan kepada orang lain boleh didenda RM25,000 atau penjara tiga tahun, manakala syarikat kereta terpakai yang melakukan kesalahan sama bo-leh dikenakan denda RM100,000.
PUSPAKOM menandatangani memorandum persefahaman dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 13 April lalu berhubung perkara itu selepas dilantik sebagai badan bertauliah melakukan pemeriksaan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Hisham Othman, berkata langkah itu membolehkan pembeli mengetahui keadaan sebenar kenderaan terpakai sebelum membelinya.
“PUSPAKOM akan membelanjakan sekitar RM20 juta bagi menambah lorong dan membuka sembilan pusat pemeriksaan baru bagi menangani peningkatan pemeriksaan kenderaan menjelang Jun ini,” katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.

Pindaan Akta Sewa Beli itu dijangka memberi perlindungan lebih luas kepada pengguna kerana turut merangkumi isu pertikaian mengenai pemulangan deposit tempahan dan penarikan kereta yang mana 75 peratus atau lebih daripada harganya sudah dibayar.

Dalam kes seperti ini, Seksyen 16 menetapkan bank atau pemilik asal kenderaan perlu mendapatkan perintah mahkamah dan mengeluarkan notis hasrat untuk mengambil semula kenderaan dengan penyewa beli diberi tempoh 21 hari sebagai peluang untuk melunaskan bayaran tertunggak.

Bank atau pemilik asal kenderaan juga perlu mendapatkan permit daripada badan kawal selia di bawah KPDNKK manakala mengikut Seksyen 17B, menjadi kesalahan menggaji penarik kereta yang tidak ditauliahkan oleh badan kawal selia di bawah KPDNKK.

Seksyen 30A Akta Sewa Beli pula menetapkan deposit tempahan hanya boleh diterima oleh bank, penjual kereta atau wakil mereka selepas bakal pembeli atau penyewa beli sudah menerima dokumen Bahagian II dalam Jadual II. 

Tiada ulasan: